Followers

Pengenalan

Pengenalan



Labukdotfm ialah sebuah stesen radio online yg bersiaran langsung dari internet dan bukannya radio biasa yg boleh di dengar di radio eletronik biasa.Penubuhan radio online ini adalah untuk membuka peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang jiburan di samping memperkenalkan produk tempatan dari segi hiburan tidak kira dari aspek seni suara, dan apa sahaja yg berkaitan dengan industri muzik yang lahir dari sabah
Di samping memainkan lagu2 dari sabah,stesen ini juga berperanan untuk memartabatkan lagu lagu dari sabah supaya tidak akan di lupakkan sekaligus lupus dengan peredaran masa. Dengan penglibatan golongan muda,labukdotfm akan memastikan lagu-lagu yg lahir dari sabah akan terus di ingati sampai bila-bila masa.
Penubuhan labukdotfm juga akan membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menunjukkan bakat mereka dengan menghantar sumber kpd labukdotfm untuk di siarkan dengan harapan akan untuk maju ke depan bersama labukdotfm contohnya dalam bidang nyanyian.
Semua individu yang berkhidmat di bawah nama LabukdotFM adalah golongan belia yang telah memberi komitmen sepenuhnya utk melibatkan diri dalam badan komuniti ini.
Tenaga kerja labukdotfm tidak di bayar apa-apa kerana mereka bertugas secara SUKARELA dan tidak di paksa,namun sekiranya terdapat tenaga kerja yang ingin menarik diri,labukdotfm tidak mempunyai hak untuk menghalang.



Misi

Memartabatkan industri muzik sabah agar lebih di kenali bukan sahaja di Malaysia,malah seluruh dunia
Membantu membanteras gejala sosial dengan penglibatan golongan muda dalam badan komuniti labukdotfm



Visi

Membawa pengaruh belia yang positif untuk semua golongan belia dalam persekitaran semasa agar tidak terlibat dengan gejala tidak bersih dan memudaratkan masa depan golongon muda
Memperkenalkan suku kaum etnik pedalaman dari sabah khususnya suku kaum dusun labuk di serata dunia dengan penyebaran secara komersil
Melahirkan bakat terpendam yang terkubur agar dapat melahirkan lebih banyak lagi bakat baru dari daerah Telupid