Followers

Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2013

Tema
  •  Sabah Dalam Pandangan Saya
  •  Kehidupan di Daerah Saya
 Kategori
  • Kategori A (Sekolah Menengah Rendah)                                                                           
  • Hadiah Peringkat Bahagian                                                                                                                                      5x RM300                                                                                                                                   
  • Hadiah Peringkat Negeri                                                                                                         Karya Pilihan Utama 1 x RM800 + Sijil                                                                                Karya Pilihan 8 x RM400 + Sijil
  • Kategori B (Sekolah Menengah Atas)
  • Hadiah Peringkat Bahagian                                                                                                  RM500 x 5
  • Hadiah Peringkat Negeri                                                                                                                 Karya Pilihan Utama 1 x RM1,200 + Sijil                                                                              Karya Pilihan 8 xRM600 + Sijil

  • Kategori C (Terbuka) 
  •  Hadiah Peringkat Bahagian                                                                                                        RM1,500 x 5
  • Hadiah Peringkat Negeiri                                                                                                       Karya Pilihan Utama 1 x RM6000 + Sijil                                                                              Karya Pilihan 10 x RM3,000 + Sijil
Teknik/Bahan
  • Bebas

Saiz dan Ukuran
  • Karya 3 Dimensi - Seni Tembikar/ Arca/ Hasil Kraftangan ukuran bebas tetapi tidak terlalu kecil
  • Karya 2 Dimensi - (Seni catan 2 dimensi - cat minyak/ air/ akrilik/ campuran dan kolaj)    (Seni catak dan grafik 2 dimensi - catakan litografi ketulan kayu/ seni khat & kaligrafi/ seni foto) 
Kategori A dan B: tidak kurang dari 38 x 54cm
Kategori C          : tidak kurang dari 76 x 102cm

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
01.07.2013
4.00PM 
Borang akan di edarkan,
hubungi kami di LabukDotFM untuk mendapatkan borang lebih awal. (Untuk Kawasan Telupid Sahaja)
LabukDotFM Hotline : 0195875155

Courtesy Of BALAI SENI LUKIS SABAH http://www.sabah.gov.my/artgallery/default.htm
Details provide by Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (Sandakan Branch)
                               (Mr. Azrul @ Jonilus Gosmin) 

Tuesday, May 24, 2011

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2011

    Habis Sudah Kaamatan Di Telupid,bernafas sudah balik dorang si Melton. (haha) Setelah hampir 2 bulan juga dorang berhempas pulas mengatur ni Kaamatan akhirnya terlepas sudah. tidak banyak yang sia mau kasi taip sini,tidak juga sikit.. adalah sompudung pasal ni kaamatan,lebih kurang jam 11.00 lebih-lebih kah YAB Ketua Menteri kita sampai,di mulakan dengan Lagu NegaraKu dan lagu Sabah Tanah Air Ku,dan nyanyian Koir dari SMK Telupid di bawah naungan Cikgu Laura,membawakan 2 buah lagu iaitu Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Sayang Kinabalu,(sia ingat masa full rehearsel ada 3 lagu,mangkali pasal jadual aturcara yang lari,jadi dua lagi kan) dan Ucapan-ucapan dari org Kenamaan,yang saya tahu... kebanyakkan pengunjung datang mau dengar KM umum Telupid jadi Daerah Penuh,tapi yang saya dengar "Saya akan luluskan permohonan Telupid sebagai Daerah Penuh... dengan syarat..." lebih kurang begitulah yang saya dengar dari luar dewan
     Lepas saja ucapan dari orang Kenamaan,acara-acara selingan yang kebanyakan nya di selitkan dengan persembahan dari penyanyi tempatan sabah seperti si Francis Landong,Esther OIAM3,Fhilix Don,Jimmy Palikat dan ramai lagi. Yang malangnya,saya tidak dapat tengok itu Sugandoi sbb keadaan amat tegang di dalam dewan tambah panas dan sesak dengan Manusia yang datang dari Seluruh Pelusuk Sabah. Apa pun,bila saya sudah jumpa wakil dari Sugandoi baru saya dapat cerita. Setakat yang saya tahu juara dia bernama Azilin Ajan ka... (siou kalau salah eja)

(picture taken from Speed Shutter Pages "Pesta Kaamatan Sana Sini")
      Namun sekarang ni beliau berada di KDCA untuk sugandoi peringkat negeri,harap-harap apa yang di harap akan dapat di kecapi lah kan,kami sokong juga kau... hmm.. ada lagi satu tp tidak tau lah dia wakil Beluran/Telupid tapi yang pasti sokong juga lah... tapi yg orang sa cakap ni kan kalau boleh kan,kawal sikit pergaulan sebab ketara suka 'Round Table' (bukan yang juara boh),kalau kana nampak sama orang yang over mature,susah cari makan nanti. Huhu. Sekarang kita cakap pasal Unduk Ngadau,sayang betul teda kamera yang bagus mau ambil video/gambar,tapi nasib baiklah jumpa di Facebook org punya hasil (pinjam dulu boh) tapi dari mata yang saya nampak,ada macam-macam gaya,stail dan susuk tubuh yang di persembahkan oleh peserta-peserta Unduk Ngadau ni. Ada yang bejalan mcm tiang Telekom,ada yang steady senyum walaupun berlanggar sama dinding dekat tangga,mau ketawa pun tidak buli juga bah. Dorang sudah cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian para Judges,wuhuu~~~ ada si kawan punya kekasih,ada si kawan punya bekas kekasih masa sekolah... ada yang hari-hari nampak muka di facebook main poker/invite mau main poker.
      Tapi ini lah dia keputusan. Tahniah kepada si Martha Kyle sebab jadi juara. setahu sia,tempat ke-2,ke-3 pun akan ke peringkat negeri... tahniah untuk semua pemenang. yang tidak ada nasib,cuba lagi tahun dapan...

Juara Unduk Ngadau Beluran 2011
(photo take by Ryna Micheal '06 Unduk Ngadau)

Unduk Ngadau's yang akan ke 
Pertandingan Unduk NgadauPeringkat Negeri
 Photo Take By Walter Herickson Chang


p/s banyak yang bilang cantik lagi no-2 dan no-3. yang Johan bukan ada ikut Unduk Ngadau DBKK kah baru2....macam dia lah~ Wuhuu~ (!=.= mimang pun)

Tuesday, May 17, 2011

Syok! Memang Confirm!

Post yang dulu sia ada kasi inform pasal siapa artis yang akan menghiburkan kita pada 22hb Mei 2011 sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Telupid. Kalau post yg dulu kita ada Esther Appulunius Chin (OIAM3) sama Jimmy Palikat Tanak Kampun,ini kali ging kita sudah kasi sah yang Francis Landong akan datang memeriahkan lagi Pesta Kaamatan di Telupid tahun ni.




Bukan saja dia saturang beh... si Fhilix Don pun turut bersama kita,Wuhuuu~ syok kan.... Ramai Artis tempatan kita akan berkunjung ke Telupid sambil memeriahkan Pesta Kaamatan ni tahun. Jadi,dtg lah kamurang pigi Dewan Serbaguna Telupid 22hb nnt sbb selain nyanyian Artis2 Tempatan kita,ada pameran (Labuk.FM pun ada buat Pameran) Rumah Tradisi dan mcm2 lagilah... bawa satu kampung pun tidak apa... jumpa sana boh~!



Saturday, May 14, 2011

Kefahaman Terhadap Kebudayaan - Langkah Bijak Kehadapan

Bah,jangan lupa boh....
Pada 21hb nanti ada GalaNite Unduk Ngadau di Dewan IPS  jam 7 Malam. Kalau yg ada beli tiket atau booking Meja,kita jumpa sana lah,Insyallah kami akan bersiaran secara LIVE dr Sana... kalau yg tidak dapat masuk atau tidak dapat datang,tingu atau dingar saja lah kami di www.labukfm.org.
Juga jangan lupa... (tukang kasi ingat) 22hb kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Telupid yang di Rasmikan Oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,Ketua Menteri Sabah. Pun,Kami akan bersiaran juga dari sana... datanglah beramai-ramai,bawa isteri dan anak-anak,satu kampung pun ok saja tu. ada pondok tradisi,pertandingan akhir unduk ngadau,pertandingan akhir sugandoi. persembahan Artis,Esther Appolunius,Jimmy 'Tanak Kampung' Palikat,Bernard Laimen Micheal dan yang paling Latest saya dengar,kemungkinan Francis Landong dan Fhilix Don pun akan buat Persembahan,walawehhh~~~~~ betul atau tidak... datang lah beramai-ramai di Dewan Serbaguna Telupid 22hb nanti. 

p/s Saya mewakili semua warga ging2 Labuk.FM Mengucapkan "KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2011"

"Kefahaman Terhadap Kebudayaan - Langkah Bijak Ke Hadapan"

www.labukfm.org



Friday, April 22, 2011

Gala Nite 2011

Update!!!
PADA 21HB MEI NANTI BERLANGSUNGNYA ACARA IAITU MALAM GALA BERSAMA PESERTA UNDUK NGADAU PESTA KAAMATAN 2011 PERINGKAT DAERAH BELURAN YANG DI HOST KAN OLEH TELUPID,BERTEMPAT DI DEWAN IPS (INSTITUT PERHUTANAN SABAH),TELUPID.
dan selaku penyiar rasmi,kami mengalu-alukan pendgr utk stay tune bersama LabukdotFM utk acar siaran Langsung dari Dewan IPS.LIVE AUDIO And maybe VIDEO. performing artis Jimmy Palikat with his Tanak Kampung hits and Special Appereance Esther Appolunius (OIAM3)



Unduk Ngadau Beluran 2010



 Artis Jemputan "Tanak Kampung" Jimmy Palikat

special appereance Esther Appolonius OIAM3

FOR MORE INFO 
LAYARI : UNDUKNGADAUTELUPID2011