Followers

Tuesday, May 24, 2011

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2011

    Habis Sudah Kaamatan Di Telupid,bernafas sudah balik dorang si Melton. (haha) Setelah hampir 2 bulan juga dorang berhempas pulas mengatur ni Kaamatan akhirnya terlepas sudah. tidak banyak yang sia mau kasi taip sini,tidak juga sikit.. adalah sompudung pasal ni kaamatan,lebih kurang jam 11.00 lebih-lebih kah YAB Ketua Menteri kita sampai,di mulakan dengan Lagu NegaraKu dan lagu Sabah Tanah Air Ku,dan nyanyian Koir dari SMK Telupid di bawah naungan Cikgu Laura,membawakan 2 buah lagu iaitu Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Sayang Kinabalu,(sia ingat masa full rehearsel ada 3 lagu,mangkali pasal jadual aturcara yang lari,jadi dua lagi kan) dan Ucapan-ucapan dari org Kenamaan,yang saya tahu... kebanyakkan pengunjung datang mau dengar KM umum Telupid jadi Daerah Penuh,tapi yang saya dengar "Saya akan luluskan permohonan Telupid sebagai Daerah Penuh... dengan syarat..." lebih kurang begitulah yang saya dengar dari luar dewan
     Lepas saja ucapan dari orang Kenamaan,acara-acara selingan yang kebanyakan nya di selitkan dengan persembahan dari penyanyi tempatan sabah seperti si Francis Landong,Esther OIAM3,Fhilix Don,Jimmy Palikat dan ramai lagi. Yang malangnya,saya tidak dapat tengok itu Sugandoi sbb keadaan amat tegang di dalam dewan tambah panas dan sesak dengan Manusia yang datang dari Seluruh Pelusuk Sabah. Apa pun,bila saya sudah jumpa wakil dari Sugandoi baru saya dapat cerita. Setakat yang saya tahu juara dia bernama Azilin Ajan ka... (siou kalau salah eja)

(picture taken from Speed Shutter Pages "Pesta Kaamatan Sana Sini")
      Namun sekarang ni beliau berada di KDCA untuk sugandoi peringkat negeri,harap-harap apa yang di harap akan dapat di kecapi lah kan,kami sokong juga kau... hmm.. ada lagi satu tp tidak tau lah dia wakil Beluran/Telupid tapi yang pasti sokong juga lah... tapi yg orang sa cakap ni kan kalau boleh kan,kawal sikit pergaulan sebab ketara suka 'Round Table' (bukan yang juara boh),kalau kana nampak sama orang yang over mature,susah cari makan nanti. Huhu. Sekarang kita cakap pasal Unduk Ngadau,sayang betul teda kamera yang bagus mau ambil video/gambar,tapi nasib baiklah jumpa di Facebook org punya hasil (pinjam dulu boh) tapi dari mata yang saya nampak,ada macam-macam gaya,stail dan susuk tubuh yang di persembahkan oleh peserta-peserta Unduk Ngadau ni. Ada yang bejalan mcm tiang Telekom,ada yang steady senyum walaupun berlanggar sama dinding dekat tangga,mau ketawa pun tidak buli juga bah. Dorang sudah cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian para Judges,wuhuu~~~ ada si kawan punya kekasih,ada si kawan punya bekas kekasih masa sekolah... ada yang hari-hari nampak muka di facebook main poker/invite mau main poker.
      Tapi ini lah dia keputusan. Tahniah kepada si Martha Kyle sebab jadi juara. setahu sia,tempat ke-2,ke-3 pun akan ke peringkat negeri... tahniah untuk semua pemenang. yang tidak ada nasib,cuba lagi tahun dapan...

Juara Unduk Ngadau Beluran 2011
(photo take by Ryna Micheal '06 Unduk Ngadau)

Unduk Ngadau's yang akan ke 
Pertandingan Unduk NgadauPeringkat Negeri
 Photo Take By Walter Herickson Chang


p/s banyak yang bilang cantik lagi no-2 dan no-3. yang Johan bukan ada ikut Unduk Ngadau DBKK kah baru2....macam dia lah~ Wuhuu~ (!=.= mimang pun)

No comments:

Post a Comment