Followers

Monday, May 9, 2011

We're Back... Da Blang!~

HAHA's
So,apa khabar semua pendengar Labuk.FM? owh kamu mesti tertanya-tanya kan kenapa kami lama tiada dj,alalala... begini bah cerita dia ni. Tanpa apa2 pemberitahuan,atau pun warning dr kami,kami terpaksa service perkakas kamu dalam studio dan mau update semua bahan kami di Labuk.FM untuk tujuan me-mantap-kan lagi kami punya kualaiti siaran. Bukan sebab tidak mahu ber-dj atau malas,ya lah... manusia juga kan,tetap ada kelemahan. Selain berSUKARELA di Labuk.FM ni,kami juga mempunyai komitmen lain atau lebih senang cakap,kerja lain... kadang-kadang terlalu sibuk,terlampau penat... daya untuk meluangkan masa sama pendgr di Labuk.FM pun tidak dapat. Sampai tempat kerja pun kana sound,"Mana DJ kamu?" mcm apa yang saya cakap di atas,perkakas ataupun alat kami mengalami "kecederaan" dan terpaksa di kasi masuk dalam I-See-U kami untuk di servis dan di samping itu mengemaskini kan simpanan lagu-lagu supaya mantap juga lagu-lagu yang ada sama kami.

"Labuk.FM tidak 1Malaysia"
Ok,disini sia mau ulas lah komen salah seorang pendengar,mungkin beliau ini dengar Labuk.FM hanya memainkan Lagu dalam Bahasa Kadazan Dusun Murut sahaja. Untuk pengetahuan semua lah,lagu yang kami putarkan di Labuk.FM hanyalah promosi semata-mata,untuk hiburan semata-mata dan juga sebagai tanda kami menyokong pembangunan industri muzik tempatan Sabah. Malah,Lagu yang kami putarkan ini adalah koleksi peribadi para DJ dan Krew. Jika ada yang bertanya,kenapa kami tidak main kan lagu Justin Bieber,Pitbull dsbnya,bukan kami tidak mau kasi main,sebab polisi kami hanya memainkan mengikut permintaan dan juga ketika ada DJ yg bertugas. Kami harap kamurang semua faham lah kenapa kami selalu AutoDJ,lagu balik-balik main. sekali lagi kami memohon MAAF atas ketidak ada-an DJ bertugas.

Dalam masa terdekat ini kami akan kembali bersiaran sepertia biasa dengan kehadiran mungkin DJ yg Baru,suara yang baru dan akan Mula bersiaran dari jam 6 Pagi,santapan lagu-lagu dalam dan luar negara,Lagu Baru di Labuk.FM,Weekends Blast Live From Id'Dati Lounge,Apa Kau Lagu?,Laporan Krew Mibabaldad dari sekitar Daerah Telupid dan yang paling dekat... Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2011.

No comments:

Post a Comment